Mandi hadas. Disyariatkan sebagai wajib dalam dalam agama Islam Hikmahnya : a. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmah yang sebenar-benarnya. b. Mengembalikan kesegaran tubuh badan c. Melegakan otot-otot yang tegang d. Membersihkan kekotoran Kaedah mandi hadas dan cara-caranya. a. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm) b. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan. c. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada) d. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat e. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat “Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah” f. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal. |