Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Kajian mendapati ianya mampu :- Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Merawat penyakit lain seperti kencing manis, gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah). Mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
|
LEBIH 100 BAHAN AKTIF TERKANDUNG DALAM HABBATUS SAUDA Menurut kajian yang dijalankan di the Munich Institute for Researched on Newer Therapeutic Methods (Munchner Institut zur Erforschung neuer Therapieverfahren) dengan menggunakan kaedah analisa termoden mendapati bahawa habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan. Namun dengan kepesatan perkembangan sains mutakhir ini, ada kemungkinan satu atau lebih bahan aktifnya digabungkan dengan preskripsi farmasi untuk tujuan dan dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan ekstrak habbatus sauda’ ini, berkemungkinan dapat di adun secara kimia demi untuk menjadikannya lebih berkesan dalam pengubatan. |
PERINGATAN:- Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian. |